aaaargh..lama tak mengemaskini cinta kakak koko..maaf3, ini catatan yang barangkali akan panjang..
cuti semester aku rasa macam lama sangat..tak pernah la aku rasa cuti sepanjang ni..ke aku yang beriya nak masuk kelas (nak tengok kakak koko la tu..dah takde keje lain?) dan pulangan menunggu semester baru sangat lumayan..sebab aku berjaya menempatkan diri dalam satu kumpulan assignment dengan kakak koko untuk matapelajaran Pertanian Persis.. hip hip hurray!!! pensyarah berkenaan malas nak randomkan nombor matriks aku tahu..nombor matriks aku dengan kakak koko dekat je..S09099 dan S09111..sebab tu la dapat kumpulan sama..kalau tak, sepatah harammm..
Pertanian Persis sangat membosankan..subjek yang buat pemetaan kawasan..tengok imej dari satelit..nak tengok kesesuaian topogragi mahupun kaligrafi (ini bukan seni tulisan ke) untuk aktiviti pertanian..ahhh ingat aku nak hadap sangat ke menatang remote sensing, GIS dan segala bagai (tensai mmg cmni..sila faham) kadang-kadang aku sengaja masuk amali lambat..nanti boleh kongsi komputer dgn kakak koko..bijak kan? terima kasih..aku tak faham kenapa pensyarah ni selalu tempah makmal komputer yang kecik..tak cukup untuk kitorang..aku tau dah sebab aku semak dulu..aku kacip dengan brader kat ICT..ponteng kelas lepak sini la..aku suka kongsi pc dgn kakak koko..boleh fokus pada muka dia..eh silap..boleh fokus pada pemetaan kawasan..bila tiba untuk sesi pembentangan (aku rasa seram sejuk kebah nak rebah masa ni), sebab bakat pengucapan awam aku belum terasah lagi..member aku selalu cakap, kalau aku buat pembentangan..sesisi dewan akan letih mendengar..mana tak nya, suara mengalahkan ustazah bagi tazkirah masa kuliah subuh..perlahan sangat..tapi sedap didengar..kahhh! untuk mengelakkan dari terlibat dalam apa-apa kegiatan pembentangan..aku bertungkus lumus siapkan slide show..ayat yang aku dah ready.."aku dah siapkan slide show ni..korang la present"..licik memang..tapi sepandai-pandai mengkarung melompat, pandai lagi tenggiling main teng-teng..ahli kumpulan aku pun licik jugak..tapi aku tak kisah sebab aku faham mereka-mereka semua..diorang cakap "deddy, ko dah siapkan slide presentation tu..bentangkan la sekali..lagi pun ko terer BI, nanti boleh dapat markah tinggi"
perghhh aku rasa macam nak terbang ke bulan pulak..pujian umpama duri dalam daging rasanya..ni geng-geng kakak koko punya keje la ni..hawau betul..dan tetibe ada suara mencelah.."takpe la..akak present dengan deddy sekali..lagi pun banyak ni kan"..gila! kakak koko nak present dengan aku! kecik tapak tangan, tapak kaki saya tadahkan..aku dah tersengih-sengih..tersengih-sengih macam kerang busuk masa tu..imaginasi fikiran aku dah membayangkan bahwa esok akan jadi hari yang indah..sinar mentari hangat dengan kicauan burung riang..petangnya aku main bola macam budak-budak dapat mainan Jojo..hujan lebat pun main jugak..nak riliskan kegembiraan katanya..untuk kesekian kalinya kakak koko hantar sms malam tu berbunyi "deddy, good luck presentation esok..all the best..good night..sweet dream"..
*******************************************
tapi keesokannya, aku demam..macam doktor tak bertauliah hilang jarum suntik..menggigil satu badan tak boleh bangun..rumet aku dok bantai gelak-gelak sambil cakap.."yang semalam ko pergi main bola macam Maradona latihan untuk Copa Libertadores apehal?" chilake..sempat lagi gelakkan aku..aku makan Panadol dan sambung tido..sejam kemudian handphone aku berbunyi.."semoga cepat sembuh. takpe, akak present sorang tadi" aku rasa macam nak mencarut tapi aku tahan..aku reply "saya nak ajak akak keluar nanti ok"..ape kejadah menggatal time nazak camni..pui!