Sunday, 26 February 2012

Bintulu - Miri - JB dan Ayam KFC

dua hari selepas pertemuan pertama ala dating bersama kakak koko, sudah tiba masa untuk pulang ke kampung halaman. pagi itu aku bangun lewat. ye, banyak benda yang nak diborak sebelum cuti panjang. selagi tak terdengar azan subuh, selagi itu lah kami bersengkang mata bergelak ketawa sambil menghirup kopi dan melatih diri menjadi anak-anak naga. tatkala sedang sibuk mem"packing" barang, cakera keras luar (hdd) yang aku keluarkan dari CPU komputer tiba-tiba terjatuh. lahanat! ada gambar aku dengan kakak koko la dalam 2 masa annual dinner BSBI. masa tue tak pikir nota dah. sebab nota boleh copy dari member lain. Megat cakap, "rilek r. nanti kat sana (IBS) ko try run dalam PC sape-sape". ok, Megat memang selalu kelihatan tenang dari balik kaca mata old skool beliau. aku merenung kesan bengkok pada bucu hard disk tersebut. "confirm tak boleh pakai ni". desis aku dalam hati. tak berani cakap kuat-kuat. kang ada yang kene hempuk dengan batang buluh didgeridoo si Megat sat lagi. PC ni kitorang share. jadi mesti ada maklumat dia jugak. adoi la.

bas sudah menunggu setibanya kami di Terminal Bas Bintulu. sampai on-time gamaknya. kitorang tempahpenerbangan dari Miri ke Johor Bahru. ini memang aktiviti setiap kali balik. tukar-tukar route.nak jadi pengembara la konon. boleh je kalau naik penerbangan terus dari Bintulu ke KL. tapi aku biasanya transit la. sebab belum wujud penerbangan terus dari Bintulu ke JB. AirAsia ni lembap jugak kadang-kadang. menyusahkan aku je. sampai di lapangan terbang Miri, aku dan yang lain-lain terus mendaftar masuk. amik pas keberangkatan dan terus masuk ke balai berlepas. sebelum masuk, sempat juga aku menjeling pada francais KFC di sudut kiri kaunter pemeriksaan dokumen perjalanan terhad tapi aku tengok Megat dan incik Bos slamber badak je masuk, aku pun follow. malas nak cakap banyak. perut bila-bila masa boleh disumbat dengan makanan segera. beralaskan roti pun dah cukup. pengembara, mana memilih makanan.

penerbangan AK 1406 ke JB jam 6 petang. urggghh, ada sejam setengah lagi. kami melepak di pintu masuk 4. seperti yang tertera pada pas keberangkatan. tiba-tiba  incik Bos bersuara, "wei aku lapar la. jom makan". "nak makan katne?kopitiam tue?" megat bertanya sambil memuncungkan mulut pada ruang makan yang terletak berhampiran smoking lounge. "aku terasa nak makan benda lain la. haaa..makan KFC jom. aku nampak KFC kat sebelah kaunter pemeriksaan tadi". cantek! tapi boleh ke keluar balik? kene gunakan hikmat terhebat kuasa muka kasihan petala ke-8 ni. sampai di kaunter tersebut, aku dengan muka seposen berjumpa dengan akak sekuriti. "kak, kitorang nak keluar sekejap boleh tak? saya lapar la. tak makan dari tadi. lagi pun flight lambat lagi. teringin nak makan KFC kat sebelah tue haaa". akak imigresen tue pun angguk kepala tanda setuju. Megat dan incik Bos mengekor dari belakang sambil tergelak-gelak. diorang tau kelebihan aku. bab-bab buat muka seposen memang handal. kalau jadi pengemis, mau jadi jutawan. mana taknya, kantoi meniru buat assignment pun lecturer siap tolong bagi markah lebih masa final. kasi up satu grade? korang boleh? Group of Five je boleh tau.

makan ayam KFC memang best. lagi-lagi bila tengah kebulur. sedang asyik menjamu selera tanpa melihat waktu. tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu pengumuman mengejut. "Perhatian, penerbangan AK 1406 ke Johor Bahru akan berlepas sekarang ". erkkk, gua macam nak tercekik tulang ayam. Megat baru selesai menghabiskan wedges beliau dan incik Bos mengetuk jam tangan. tanda tidak percaya. "jom weh. dah lambat ni. nanti terlepas flight". memang kelam kelibut la masa 2. kami berlari-lari ke kaunter pemeriksaan. akak imigresen tersenyum sinis sambil membisik ke telinga gua. "sedap sangat ke ayam KFC dik sampai terlambat ni". gua tersipu-sipu malu. dem u sweetie. sempat lagi nak perli gua.

sampai di pintu masuk 4, kami terdengar pengumuman lagi. "Ini panggilan terakhir penerbangan AK 1406 ke Johor Bahru". my goodness! sempat ke tak ni. dan mujurlah on-ground officer AirAsia masih sabar menunggu kami. "haa, ni la 3 orang yang lambat tue ye. ingatkan nak announce nama baru nak datang". ciss.kene perli lagi. dan apabila kami menjejak kaki ke dalam perut AirBus tersebut, semua orang memandang dengan sinis. ape, tak penah tengok orang lambat ke? Megat duduk sambil membetulkan kaca mata old skool beliau. spek mata John Lennon dowh. dia pakai dari sem 1 lagi. incik Bos pulak meraba-raba mulut mana tau kalau-kalau ada sisa ayam di hujung kumis nipis beliau. dan gua duduk paling hujung, tepi tingkap. memandang panorama hutan di sini. ya, lepas ni praktikal. macam mana praktikal ye. duit simpanan gua cukup ke tak untuk makan dua bulan nanti. yang paling penting, gua teringat ayat kakak koko dua hari lepas, "akak pilih TPU sebab dekat dengan IBS" . owh ye, sindrom degupan jantung pantas sering menghantui gua sejak kebelakangan ni.

Saturday, 28 January 2012

Sepetang Bersama Koko | Bahagian Dua


petang itu, aku mengemas barang-barang yang ingin dimasukkan ke dalam stor sewaktu cuti semester.tak boleh simpan dalam bilik. habis jahanam kene cilok dengan pihak pengurusan asrama nanti. kotak-kotak terpakai sudah siap dibeli dari pasaraya berdekatan. Farley kot. ye lah, kat sini mana nak jumpa hypermarket yang grand macam kat Tanah Melayu. jam menunjukkan pukul 5.00 petang, Asar belum lagi ni. haish, apa nak jadi. aku bergegas untuk membersihkan diri (mandi dalam erti kata lain), dan terus menunaikan solat fardhu Asar sebelum bersiap-siap untuk keluar.


jam 5.25 petang, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk. "akak tunggu kat gazebo bawah bukit.nanti deddy datang sini ye". aaaaa, kakak koko sangat tepat waktu. bagus. aku tak suka menunggu. aku rasa semua orang pun sama. dengan berbaju T tanpa kolar Bad Genius dan track suit warna biru gelap. aku menyarungkan selipar berwarna koko. selipar pergi kuliah kot. semburan Silky Men Inspiration memenuhi ruang bilik. kalau rumet aku ada ni, mahu kene bahan. sempat juga aku menghantar mesej kepada encik Megat mengatakan aku mahu keluar sebentar.


setiba di tempat yang dijanjikan, kakak koko sudah menunggu. juga memakai baju T (tak nampak pulak ada kolar atau tidak sebab pakai tudung) dan berseluar sukan. kami berjalan menelusuri laluan pejalan kaki berdua. tak ramai pasangan bercinta lain. sibuk mengemas barang sempena cuti barangkali.ahhh..biarlah lagi bagus tak ramai orang. aku tak berapa suka akan keramaian untuk waktu-waktu seperti ini. rimas. kami berbual seperti biasa. cuma aku agak kekok. tak biasa berduaan bersama individu berlainan jantina."wangi..pakai perfume apa?, kakak koko bersuara. "akak pasti ke bau perfume?bukan bau wax yang saya pakai?, " aku berseloroh. "sini la, jalan dekat sikit. senang nak confirmkan". "aaaa.., bau perfume kot", aku mengelak. kakak koko ni buat aku tak senang jalan je.malu la nak jalan dekat-dekat. mana tau ada paparazzi kat sini. tak ke haru.


"eh takpe ke kita keluar ni, nanti kawan-kawan akak gosip cmne?", aku saja berbasa-basi. "takpe, akak suka gossip2 ni", beliau menjawab. ek ena, hurm tidak dapat dipastikan apa motif jawapan tersebut. "kenapa?takut girlfriend deddy tau? beliau mula bertanya soalan psikologi. "takde girlfriend", aku menjawab ringkas dan padat. tidak mahu soalan-soalan sebegitu keluar lagi. tapi tahap imunisasi kakak koko agak tinggi. sempat juga beliau bersuara, "takde ke, akak ingat ramai. selalu je dengar nama deddy kat aspuri. ingat ade girlfriend". cehh..itu bukan ramai girlfriend la. itu selalu kene ngumpat kat aspuri sebab ponteng kelas dan melanggar peraturan kolej. ape laa. "kak, jom minum. haus la", aku mengubah topik perbualan dengan harapan tiada lagi soalan sebegitu sewaktu minum.

**********************************************************

seusai menghabiskan sirap limau, aku meraba-raba poket seluar. aduhhh! dompet tertinggal di bilik. aku berbisik pada kakak koko. "akak bawak duit?wallet saya tertinggal la."dia tergelak kecil melihat aku kelihatan sedikit cemas. "takpe, tader hal. akak belanja" fuhhhh..nasib baik.kalau tak ada yang kene buat part-time amik order kat sini jap lagi. sepanjang perjalanan pulang, aku tak habis-habis meminta maaf pada kakak koko. ye lah, dah la ajak minum. haram tak bawak wallet. kakak koko pun tak bawak purse katanya. tapi ada la duit rm5 nak buat beli makan malam di kafe kolej perempuan nanti. aku berjalan sambil tunduk ke bawah. demmm! ini sangat mengaibkan!

tiba di bilik aku langsung menunaikan solat Maghrib dan tidur. malas nak buat apa-apa. jam 11 malam aku terjaga kerana lapar. aku semak telefon bimbii. owh, kakak koko banyak hantar mesej masa aku tido tadi."terima kasih teman akak tadi", "esok flight akak jam 3 petang", "kenapa senyap je ni?tido ke merajuk?" dan yang terakhir, "busyuk tido eh. tadi akak tanya Megat kat kafe masa dia jumpa Cha. nanti bangun mesej akak". ish.rimas la. dah macam awek aku pulak. tapi kenapa aku suka bila dia panggil aku busyuk.taguner punya deddy. ko suka tapi tak mengaku pulak. dan Puddle of Mudd - Blurry berkumandang di bilik sampai pagi




Saturday, 21 January 2012

Sepetang Bersama Koko | Bahagian Satu

ohhh, ini entri pertama Cinta Kakak Koko untuk bulan ini 
(untuk tahun ini secara sinikalnya)

kesinambungan dari acara pembentangan bagi matapelajaran Pertanian Persis tempoh hari, kami menjadi semakin akrab. mungkin dengan perasaan bersalah tidak dapat menunaikan janji, aku secara konsisten bertukar sistem pesanan ringkas dengan kakak koko untuk mengetahui hal ehwal perkembangan semasa beliau. daripada hal menyiapkan tugasan, penempatan bagi latihan industri, persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester sehinggalah kepada isu-isu semasa seperti jadual waktu makan dan mandi. gilo betul!

.....................................................................................................

minggu-minggu peperiksaan berlalu dengan pantas. tak sampai sebulan berlalu dan warga BSBI (Bacelor Sains Bio-Industri) pula sekarang sedang berkira-kira untuk menghadapi latihan industri pada cuti semester. dua bulan sahaja. tak de la lama sangat. aku dan rakan-rakan (termasuk Encik Megat) berjaya ditempatkan di Institut Biosains UPM. kira macam nak jadi saintis la untuk dua bulan ni. kakak koko pula mendapat tawaran daripada Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) sesuai dengan tajuk projek tahun akhir beliau rasanya. tapi beliau menolak dan bersetuju untuk ditempatkan di Taman Pertanian Universiti Putra Malaysia (TPU). aku pun tak tahu apa motif beliau. lebih berminat untuk belajar menjadi petani moden mungkin..


dan pagi itu, dua tiga hari sebelum penerbangan balik ke Johor Bahru. aku mendapat kejutan dari kakak koko berbunyi, "deddy, esok akak balik..petang ini jalan-jalan kat trek jogging jom..kan ari tue deddy cakap nak ajak akak keluar". dup dap dup dap, jantung berdetak dengan laju mengalahkan Usain Bolt lepas berlari 100m pecut. tanpa berfikir panjang (aku tak fikir langsung rasanya), aku terus bersetuju. "okay, nak keluar jam berapa?" kakak koko membalas, "5.30 petang?boleh?akak nak siapkan kemas barang. hantar barang dalam stor". aku macam nak pitam. petang ni?jalan-jalan kat trek jogging?berdua dengan kakak koko? eh kejap, situ bukan  tempat pasangan bercengkerama ke..peh..peh..peh..kakak koko ni macam ajak dating pulak..


                                                              bersambung Bahagian 2