petang itu, aku mengemas barang-barang yang ingin dimasukkan ke dalam stor sewaktu cuti semester.tak boleh simpan dalam bilik. habis jahanam kene cilok dengan pihak pengurusan asrama nanti. kotak-kotak terpakai sudah siap dibeli dari pasaraya berdekatan. Farley kot. ye lah, kat sini mana nak jumpa hypermarket yang grand macam kat Tanah Melayu. jam menunjukkan pukul 5.00 petang, Asar belum lagi ni. haish, apa nak jadi. aku bergegas untuk membersihkan diri (mandi dalam erti kata lain), dan terus menunaikan solat fardhu Asar sebelum bersiap-siap untuk keluar.
jam 5.25 petang, telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk. "akak tunggu kat gazebo bawah bukit.nanti deddy datang sini ye". aaaaa, kakak koko sangat tepat waktu. bagus. aku tak suka menunggu. aku rasa semua orang pun sama. dengan berbaju T tanpa kolar Bad Genius dan track suit warna biru gelap. aku menyarungkan selipar berwarna koko. selipar pergi kuliah kot. semburan Silky Men Inspiration memenuhi ruang bilik. kalau rumet aku ada ni, mahu kene bahan. sempat juga aku menghantar mesej kepada encik Megat mengatakan aku mahu keluar sebentar.
setiba di tempat yang dijanjikan, kakak koko sudah menunggu. juga memakai baju T (tak nampak pulak ada kolar atau tidak sebab pakai tudung) dan berseluar sukan. kami berjalan menelusuri laluan pejalan kaki berdua. tak ramai pasangan bercinta lain. sibuk mengemas barang sempena cuti barangkali.ahhh..biarlah lagi bagus tak ramai orang. aku tak berapa suka akan keramaian untuk waktu-waktu seperti ini. rimas. kami berbual seperti biasa. cuma aku agak kekok. tak biasa berduaan bersama individu berlainan jantina."wangi..pakai perfume apa?, kakak koko bersuara. "akak pasti ke bau perfume?bukan bau wax yang saya pakai?, " aku berseloroh. "sini la, jalan dekat sikit. senang nak confirmkan". "aaaa.., bau perfume kot", aku mengelak. kakak koko ni buat aku tak senang jalan je.malu la nak jalan dekat-dekat. mana tau ada paparazzi kat sini. tak ke haru.
"eh takpe ke kita keluar ni, nanti kawan-kawan akak gosip cmne?", aku saja berbasa-basi. "takpe, akak suka gossip2 ni", beliau menjawab. ek ena, hurm tidak dapat dipastikan apa motif jawapan tersebut. "kenapa?takut girlfriend deddy tau? beliau mula bertanya soalan psikologi. "takde girlfriend", aku menjawab ringkas dan padat. tidak mahu soalan-soalan sebegitu keluar lagi. tapi tahap imunisasi kakak koko agak tinggi. sempat juga beliau bersuara, "takde ke, akak ingat ramai. selalu je dengar nama deddy kat aspuri. ingat ade girlfriend". cehh..itu bukan ramai girlfriend la. itu selalu kene ngumpat kat aspuri sebab ponteng kelas dan melanggar peraturan kolej. ape laa. "kak, jom minum. haus la", aku mengubah topik perbualan dengan harapan tiada lagi soalan sebegitu sewaktu minum.

**********************************************************
seusai menghabiskan sirap limau, aku meraba-raba poket seluar. aduhhh! dompet tertinggal di bilik. aku berbisik pada kakak koko. "akak bawak duit?wallet saya tertinggal la."dia tergelak kecil melihat aku kelihatan sedikit cemas. "takpe, tader hal. akak belanja" fuhhhh..nasib baik.kalau tak ada yang kene buat part-time amik order kat sini jap lagi. sepanjang perjalanan pulang, aku tak habis-habis meminta maaf pada kakak koko. ye lah, dah la ajak minum. haram tak bawak wallet. kakak koko pun tak bawak purse katanya. tapi ada la duit rm5 nak buat beli makan malam di kafe kolej perempuan nanti. aku berjalan sambil tunduk ke bawah. demmm! ini sangat mengaibkan!
tiba di bilik aku langsung menunaikan solat Maghrib dan tidur. malas nak buat apa-apa. jam 11 malam aku terjaga kerana lapar. aku semak telefon bimbii. owh, kakak koko banyak hantar mesej masa aku tido tadi."terima kasih teman akak tadi", "esok flight akak jam 3 petang", "kenapa senyap je ni?tido ke merajuk?" dan yang terakhir, "busyuk tido eh. tadi akak tanya Megat kat kafe masa dia jumpa Cha. nanti bangun mesej akak". ish.rimas la. dah macam awek aku pulak. tapi kenapa aku suka bila dia panggil aku busyuk.taguner punya deddy. ko suka tapi tak mengaku pulak. dan Puddle of Mudd - Blurry berkumandang di bilik sampai pagi