Thursday, 1 December 2011

D.E.M.A.M

aaaargh..lama tak mengemaskini cinta kakak koko..maaf3, ini catatan yang barangkali akan panjang..


cuti semester aku rasa macam lama sangat..tak pernah la aku rasa cuti sepanjang ni..ke aku yang beriya nak masuk kelas (nak tengok kakak koko la tu..dah takde keje lain?) dan pulangan menunggu semester baru sangat lumayan..sebab aku berjaya menempatkan diri dalam satu kumpulan assignment dengan kakak koko untuk matapelajaran Pertanian Persis.. hip hip hurray!!! pensyarah berkenaan malas nak randomkan nombor matriks aku tahu..nombor matriks aku dengan kakak koko dekat je..S09099 dan S09111..sebab tu la dapat kumpulan sama..kalau tak, sepatah harammm..

Pertanian Persis sangat membosankan..subjek yang buat pemetaan kawasan..tengok imej dari satelit..nak tengok kesesuaian topogragi mahupun kaligrafi (ini bukan seni tulisan ke) untuk aktiviti pertanian..ahhh ingat aku nak hadap sangat ke menatang remote sensing, GIS dan segala bagai (tensai mmg cmni..sila faham) kadang-kadang aku sengaja masuk amali lambat..nanti boleh kongsi komputer dgn kakak koko..bijak kan? terima kasih..aku tak faham kenapa pensyarah ni selalu tempah makmal komputer yang kecik..tak cukup untuk kitorang..aku tau dah sebab aku semak dulu..aku kacip dengan brader kat ICT..ponteng kelas lepak sini la..aku suka kongsi pc dgn kakak koko..boleh fokus pada muka dia..eh silap..boleh fokus pada pemetaan kawasan..bila tiba untuk sesi pembentangan (aku rasa seram sejuk kebah nak rebah masa ni), sebab bakat pengucapan awam aku belum  terasah lagi..member aku selalu cakap, kalau aku buat pembentangan..sesisi dewan akan letih mendengar..mana tak nya, suara mengalahkan ustazah bagi tazkirah masa kuliah subuh..perlahan sangat..tapi sedap didengar..kahhh! untuk mengelakkan dari terlibat dalam apa-apa kegiatan pembentangan..aku bertungkus lumus siapkan slide show..ayat yang aku dah ready.."aku dah siapkan slide show ni..korang la present"..licik memang..tapi sepandai-pandai mengkarung melompat, pandai lagi tenggiling main teng-teng..ahli kumpulan aku pun licik jugak..tapi aku tak kisah sebab aku faham mereka-mereka semua..diorang cakap "deddy, ko dah siapkan slide presentation tu..bentangkan la sekali..lagi pun ko terer BI, nanti boleh dapat markah tinggi"

perghhh aku rasa macam nak terbang ke bulan pulak..pujian umpama duri dalam daging rasanya..ni geng-geng kakak koko punya keje la ni..hawau betul..dan tetibe ada suara mencelah.."takpe la..akak present dengan deddy sekali..lagi pun banyak ni kan"..gila! kakak koko nak present dengan aku! kecik tapak tangan, tapak kaki saya tadahkan..aku dah tersengih-sengih..tersengih-sengih macam kerang busuk masa tu..imaginasi fikiran aku dah membayangkan bahwa esok akan jadi hari yang indah..sinar mentari hangat dengan kicauan burung riang..petangnya aku main bola macam budak-budak dapat mainan Jojo..hujan lebat pun main jugak..nak riliskan kegembiraan katanya..untuk kesekian kalinya kakak koko hantar sms malam tu berbunyi "deddy, good luck presentation esok..all the best..good night..sweet dream"..


*******************************************

tapi keesokannya, aku demam..macam doktor tak bertauliah hilang jarum suntik..menggigil satu badan tak boleh bangun..rumet aku dok bantai gelak-gelak sambil cakap.."yang semalam ko pergi main bola macam Maradona latihan untuk Copa Libertadores apehal?" chilake..sempat lagi gelakkan aku..aku makan Panadol dan sambung tido..sejam kemudian handphone aku berbunyi.."semoga cepat sembuh. takpe, akak present sorang tadi" aku rasa macam nak mencarut tapi aku tahan..aku reply "saya nak ajak akak keluar nanti ok"..ape kejadah menggatal time nazak camni..pui!




Wednesday, 16 November 2011

..putik-putik Cinta Koko..

lepas abeskan 3 semester kat kolej, takde progress pun dengan kakak koko..aku memang lembap sikit mungkin bab-bab cmni..aku tengok kakak koko pun tak dating dengan orang lain jugak..masih ada harapan ni..masuk tahun ketiga, aku dah mula rasa tak sedap badan..ni sindrom awal tanda-tanda nak mengawan..atau mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor persekitaran (rakan sebaya gamaknya)..dalam jangka masa  3 semester ni jugak..aku tak balik berhari raya di rumah..duit pinjaman PTPTN aku habis sebab banyak sangat pergi travel..cuti semester je pergi Gua Niah..cuti semester je pergi Taman Negara Mulu..itu belum cuti pertengahan semester, pergi berkelah la..bercamping la..mana tak pokai sebulan sebelum final exam..tahun ni aku berazam nak balik raya..tak nak jadi anak derhaka..dan demi menjayakan misi balik raya, aku menjaja pakaian sukan (jersi bola je)..kamera digital..dan aksesori komputer riba kepada pelajar-pelajar lain..ada bakat jadi ahli perniagaan, cuma aku tak nak kembangkan bakat ni..
hasilnya duit keuntungan perniagaan aku buat beli tiket kapal terbang..merasa gak aku balik raya..aku balik seminggu sebelum raya..biasa, tuang kelas..dua hari duduk kat rumah aku dah mula bosan..lagi-lagi nak tunggu waktu berbuka..masuk hari ketiga, oksigen dah tak cukup kat kepala..dan aku mengambil keputusan.."hello, Cip!..ko ada no handphone kak da**h tak?send kat aku..ada hal penting ni"..20 saat lepas tue handphone aku berbunyi..naaaa nombor beliau sudah sampai..ada la dalam 15 minit aku temenung, memikirkan nak sms kakak koko atau tak..dan dengan muka setebal tembok Berlin , aku memulakan perbualan..


aku : aasalamualaikum kak..akak kat mana?balik raya tak?
KK  : wa'alaikumsalam..akak balik raya..dah kat rumah..siapa ni?
aku : owh..deddy ni..saje je msg..tak tau nak buat apa kat rumah..
KK  : deddy!(aku tak tau apa motif dia letak tanda seru)..deddy balik raya ke tahun ni? bukan selalu tak balik ke?(sejak bila kakak koko amik berat aku balik raya ke tak)
aku : tahun ni balik la..bisnes ada untung..(aku yakin kalau dia tau aku tak balik raya 2 tahun..tak kan dia tak tau sem ni aku buat bisnes..hati dah mula ada putik2 bunga)
KK  : aah kan..kawan akak ramai yang beli kamera..tapi akak tak beli la..
aku : sama la..saya pun kak..jual je..tak beli pun..akak bukak pose katne?
KK  : akak buka kat rumah je..ni tengah tolong mak masak..deddy kat johor kan?kalau dekat sini, akak nak ajak buka puasa kat rumah..
aku : jauh, tak pe la..akak tolong la masak..saya pun tgh tolong mak saya ni..
KK  : deddy pandai masak?baiknya..
aku : tak lah..tolong tengok je..(kahhh!)



kitorang bertukar sistem pesanan ringkas sampai masuk waktu berbuka puasa di kawasan Kota Tinggi..lepas balik ke kampus, kitorang tak msg lagi..biasa, sombong macam kambing..tapi selisih kat dewan kuliah dah mula senyum2 dah..aku syak putik-putik bunga dah nak kembang..semester depan dah boleh baja..buat kali pertama rasa tak sabar nak tunggu semester baru..

Thursday, 3 November 2011

..mungkin aku buta warna, kerna aku hanya nampak warna koko...

habis sudah minggu orientasi..aku ada kelas Bahasa Inggeris setiap pagi Isnin..dan amali subjek Kimia pada sebelah petang..hari pertama dah masuk makmal Kimia?nak buat apa?x kan dah nak buat ujikaji bahan letupan?xde pulak dalam cita2 aku nak jadi Nordin Mat Top (walaupun dia berasal dari Johor)..atau pun nak jadi pemimpin kanan Abu Sayyaf..jadi hari pertama dalam makmal, kitorang masih dalam proses memecahkan ais lagi..masih bercerita tentang asal-usul masing2..sampai la kitorang terperasan ada sorang awek cantik dalam makmal kimia 2..pakai tudung coklat..baju x nampak pulak kaler apa..sebab pakai lab coat..duduk betul2 kat depan meja kitorang..sedang rancak bersembang gak dengan kawan semeja..sesi suaikenal belum abes lagi kot..x kan dah start bergosip pulak ..baru seminggu dok sini..jadah apa nak bergosip..walaupun aku tau budak2 perempuan ni hobi diorang memang cam2..sebab semua xtau nama awek 2..nak tak kene, kene tunggu attendance list..dan 15 minit lepas tue, attendance list pun sampai pada kitorang.."owh, nama dia Nor*******..eh Ded, nama pak dia sama dengan nama pak hang la..", Yusri mencelah..dia orang Utara, Perlis mungkin.."mana ada, nama bapak aku mana ada Md kat depan..x sama..x sama..", balas aku macam x berminat..pura-pura x berminat.."laaa, dia lahir tahun 84..akak la ni..x nak kacau ahhh..dah tua da ni", Sharkawi tiba2 bersuara..sekali imbas tengok dia ni macam style org tua..rokok pun letak kat saku kemeja atas..YB (nama dia Hanis) diam dari tadi..kitorang syak dia ada keracunan makanan..xpe, jangan ganggu dia..dan entah kenapa tiba2 mulut aku bergerak laju dari otak.."ala..apa ada hal, 2 tahun je kot..xde la tua mana..lagi pun dia cun apa"..aiseh..aku macam tersalah cakap ke..mereka dah syak sesuatu.."hang suka kat dia ye ded?hang memang taste orang2 tua ka?"..ciss..pak cik ni dah keluarkan Desert Eagle dia tembak aku.."kalau hang suka, hang ngurat je la..bukan taste kami..tapi kene bagi nama kat dia ni..akak 2 pakai tudung coklat kan?kita panggil dia kakak koko je lah..orang Utara panggil warna coklat tue warna koko"..aku syak orang2 Utara memang aktif lagi kreatif kot.. semua dalam kumpulan kami setuju..ada 5 orang je pun termasuk aku..Mohd Aliff (kitorang panggil dia Cip), YB, Yusri  dan Awie (nama pendek bagi Sharkawi)..dan mereka memberi ulasan supaya aku cepat bertindak..mana tau kene sambar dek senior nanti..gigit jari pulak kang..tapi masalahnya, aku x tau nak mula macam mana..dan sudahnya, satu sem aku tengok kakak koko dari jauh je..member2 aku dok gelak2..chilake..tapi  kalau aku try, pastu kene reject dengan kakak koko..chilake kuasa dua jadinya nanti..tapi yg pasti sejak dari hari pertama masuk makmal Kimia, aku dah jadi buta warna..aku cuma suka warna koko! ye, koko!

Saturday, 29 October 2011

..3 Berlian...

"Pundek, kenapa asyik aku je tercampak sorang2 bila sampai tempat baru", itu ayat pertama yang keluar dari mulut aku bila sampai ke IPTA yang terletak di kepulauan Borneo. Ini kursus pilihan kelima dari lapan berdasarkan borang UPU yang aku isi lepas keputusan matriks keluar.. tak boleh hantar tempat lain ke.. kenapa mesti campak ke sini..walaupun sebenarnya aku tak boleh mengkritik keputusan Kementerian Pengajian Tinggi sebab result matriks aku cukup2 makan je..padah berfoya-foya selama setahun la ni..amek ko balasannya..perjalanan 12 jam melalui pacuan 4 roda dari bandaraya Kuching ke Bintulu amat melelahkan..aku tak pernah naik kenderaan lama2 sebelum ni..sumpah..paling lama pun dari JB ke Kuantan. itu pun dalam lebih kurang 8 jam (ye 8 jam, bas express tue lembap gila..lori babi pun boleh potong masa kat lebuhraya, gila apa!)..cuma abah, pak cik dan sepupu aku je yang hantar.tapi syukurlah, daripada aku kene datang sorang..lepas sesi pendaftaran, abah hantar ke bilik..teman kemas2 barang lepas dan balik ke Kuching semula..12 jam lagi abah, semoga berjaya..aku  lepak sorang2 dalam bilik memikirkan nasib aku..memang dari sekolah rendah aku selalu pergi tempat baru sorang2..xde sorang kawan matriks aku pun yang dapat offer ke sini..lahanat..kat sini nak lepak kat mana..dengan siapa..otak aku dah serabut..nak fly balik rumah?tak kan nak berenang kat Laut Cina Selatan?bila aku fikir balik, aku dah cukup berseronok masa kat matriks dulu..kelas suka hati aku nak pergi ke tak..fly balik rumah tiap2 bulan (balik awal sebab jauh dari Kuantan nak ke Kota Tinggi, tiket bas pun selalu abes kalau beli lambat)..tiap2 hari rutin aku g library..ada 2 sebab..pertama sebab nak lepak kat cc percuma..dan kedua sebab Bahijah (ex-classmate masa kat SAMURA) paksa aku study dengan dia..terutamanya subjek Biology..lecturer aku pun terkejut bila aku score subjek 2.."kamu ni deddy, saya tengok kuliah selalu ponteng.tutorial tak siap..amali datang lambat..mcm mane boleh dapat A ye"..ayat yang keluar dari mulut Cik Suhaibah..cehh..aku genius apa..tak study pun boleh dapat A..lagi pun aku suka Bio..satu lagi rutin aku masa kat matriks, main pakau..tapi tak berjudi..main suka2 je..itu pun boleh ketagih..sebelum g kelas..balik kelas..awal pagi..tengah malam..ni la aktiviti kat asrama dulu dengan Puik, Gun, PA dan budak2 lain..masing2 mengaku God of Gambler..sampai kitorang tukar cita2, nak jadi tukang shuffle card kat Genting..bangang!, org Islam mana boleh masuk situ..haduihh..apa aku nak buat kat sini..dan hari pertama aku kat sini, aku anggap macam nak mulakan permainan card ala Royal..3 Diamond jalan dulu!

Tuesday, 25 October 2011

..misi dan visi "Cinta Kakak Koko"..

assalamualaikum dan selamat sejahtera.."cinta kakak koko" dihasilkan hanya untuk berkongsi pengalaman masa lalu sewaktu zaman pra-graduasi..walaupun idea awalnya cerita ini hanya berasaskan fenomena cinta masa lalu, namun ada sisipan cerita-cerita lain yang boleh dianggap lagenda..terima kasih yang tidak terhingga kepada :-
  • encik Megat yang tidak pernah berhenti memberi semangat, 
  • encik Ken yang selalu memberi ilham..
  • Aced dan Busyra yang tidak jemu mendengar bebelan dari mulut yang tidak kenal erti diam.. 
  • cik Suria yang tiba-tiba muncul dan menyokong penghasilan mini novel ini..
  • rakan-rakan Bacelor Sains BioIndustri (Unity is Love kot)..
  • keluarga yang sentiasa bersabar..
serta "kakak koko" sendiri..tidak wujud mini novel ini tanpa kamu, terima kasih di atas cintanya..identiti kamu tidak  akan didedahkan (walau satu BSBI dah tau kot)..mini novel ini di"isolate"kan dari Di Batas Masa..supaya tidak berlaku kekeliruan dan pertindihan cerita..malah akan dibahagi kepada beberapa volume supaya mudah dihayati dan difahami..saya akan cuba menyediakan yang terbaik kerana tidak mahu ada masalah yang timbul di kemudian hari..terima kasih sekali lagi..