Wednesday, 16 November 2011

..putik-putik Cinta Koko..

lepas abeskan 3 semester kat kolej, takde progress pun dengan kakak koko..aku memang lembap sikit mungkin bab-bab cmni..aku tengok kakak koko pun tak dating dengan orang lain jugak..masih ada harapan ni..masuk tahun ketiga, aku dah mula rasa tak sedap badan..ni sindrom awal tanda-tanda nak mengawan..atau mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor persekitaran (rakan sebaya gamaknya)..dalam jangka masa  3 semester ni jugak..aku tak balik berhari raya di rumah..duit pinjaman PTPTN aku habis sebab banyak sangat pergi travel..cuti semester je pergi Gua Niah..cuti semester je pergi Taman Negara Mulu..itu belum cuti pertengahan semester, pergi berkelah la..bercamping la..mana tak pokai sebulan sebelum final exam..tahun ni aku berazam nak balik raya..tak nak jadi anak derhaka..dan demi menjayakan misi balik raya, aku menjaja pakaian sukan (jersi bola je)..kamera digital..dan aksesori komputer riba kepada pelajar-pelajar lain..ada bakat jadi ahli perniagaan, cuma aku tak nak kembangkan bakat ni..
hasilnya duit keuntungan perniagaan aku buat beli tiket kapal terbang..merasa gak aku balik raya..aku balik seminggu sebelum raya..biasa, tuang kelas..dua hari duduk kat rumah aku dah mula bosan..lagi-lagi nak tunggu waktu berbuka..masuk hari ketiga, oksigen dah tak cukup kat kepala..dan aku mengambil keputusan.."hello, Cip!..ko ada no handphone kak da**h tak?send kat aku..ada hal penting ni"..20 saat lepas tue handphone aku berbunyi..naaaa nombor beliau sudah sampai..ada la dalam 15 minit aku temenung, memikirkan nak sms kakak koko atau tak..dan dengan muka setebal tembok Berlin , aku memulakan perbualan..


aku : aasalamualaikum kak..akak kat mana?balik raya tak?
KK  : wa'alaikumsalam..akak balik raya..dah kat rumah..siapa ni?
aku : owh..deddy ni..saje je msg..tak tau nak buat apa kat rumah..
KK  : deddy!(aku tak tau apa motif dia letak tanda seru)..deddy balik raya ke tahun ni? bukan selalu tak balik ke?(sejak bila kakak koko amik berat aku balik raya ke tak)
aku : tahun ni balik la..bisnes ada untung..(aku yakin kalau dia tau aku tak balik raya 2 tahun..tak kan dia tak tau sem ni aku buat bisnes..hati dah mula ada putik2 bunga)
KK  : aah kan..kawan akak ramai yang beli kamera..tapi akak tak beli la..
aku : sama la..saya pun kak..jual je..tak beli pun..akak bukak pose katne?
KK  : akak buka kat rumah je..ni tengah tolong mak masak..deddy kat johor kan?kalau dekat sini, akak nak ajak buka puasa kat rumah..
aku : jauh, tak pe la..akak tolong la masak..saya pun tgh tolong mak saya ni..
KK  : deddy pandai masak?baiknya..
aku : tak lah..tolong tengok je..(kahhh!)



kitorang bertukar sistem pesanan ringkas sampai masuk waktu berbuka puasa di kawasan Kota Tinggi..lepas balik ke kampus, kitorang tak msg lagi..biasa, sombong macam kambing..tapi selisih kat dewan kuliah dah mula senyum2 dah..aku syak putik-putik bunga dah nak kembang..semester depan dah boleh baja..buat kali pertama rasa tak sabar nak tunggu semester baru..

Thursday, 3 November 2011

..mungkin aku buta warna, kerna aku hanya nampak warna koko...

habis sudah minggu orientasi..aku ada kelas Bahasa Inggeris setiap pagi Isnin..dan amali subjek Kimia pada sebelah petang..hari pertama dah masuk makmal Kimia?nak buat apa?x kan dah nak buat ujikaji bahan letupan?xde pulak dalam cita2 aku nak jadi Nordin Mat Top (walaupun dia berasal dari Johor)..atau pun nak jadi pemimpin kanan Abu Sayyaf..jadi hari pertama dalam makmal, kitorang masih dalam proses memecahkan ais lagi..masih bercerita tentang asal-usul masing2..sampai la kitorang terperasan ada sorang awek cantik dalam makmal kimia 2..pakai tudung coklat..baju x nampak pulak kaler apa..sebab pakai lab coat..duduk betul2 kat depan meja kitorang..sedang rancak bersembang gak dengan kawan semeja..sesi suaikenal belum abes lagi kot..x kan dah start bergosip pulak ..baru seminggu dok sini..jadah apa nak bergosip..walaupun aku tau budak2 perempuan ni hobi diorang memang cam2..sebab semua xtau nama awek 2..nak tak kene, kene tunggu attendance list..dan 15 minit lepas tue, attendance list pun sampai pada kitorang.."owh, nama dia Nor*******..eh Ded, nama pak dia sama dengan nama pak hang la..", Yusri mencelah..dia orang Utara, Perlis mungkin.."mana ada, nama bapak aku mana ada Md kat depan..x sama..x sama..", balas aku macam x berminat..pura-pura x berminat.."laaa, dia lahir tahun 84..akak la ni..x nak kacau ahhh..dah tua da ni", Sharkawi tiba2 bersuara..sekali imbas tengok dia ni macam style org tua..rokok pun letak kat saku kemeja atas..YB (nama dia Hanis) diam dari tadi..kitorang syak dia ada keracunan makanan..xpe, jangan ganggu dia..dan entah kenapa tiba2 mulut aku bergerak laju dari otak.."ala..apa ada hal, 2 tahun je kot..xde la tua mana..lagi pun dia cun apa"..aiseh..aku macam tersalah cakap ke..mereka dah syak sesuatu.."hang suka kat dia ye ded?hang memang taste orang2 tua ka?"..ciss..pak cik ni dah keluarkan Desert Eagle dia tembak aku.."kalau hang suka, hang ngurat je la..bukan taste kami..tapi kene bagi nama kat dia ni..akak 2 pakai tudung coklat kan?kita panggil dia kakak koko je lah..orang Utara panggil warna coklat tue warna koko"..aku syak orang2 Utara memang aktif lagi kreatif kot.. semua dalam kumpulan kami setuju..ada 5 orang je pun termasuk aku..Mohd Aliff (kitorang panggil dia Cip), YB, Yusri  dan Awie (nama pendek bagi Sharkawi)..dan mereka memberi ulasan supaya aku cepat bertindak..mana tau kene sambar dek senior nanti..gigit jari pulak kang..tapi masalahnya, aku x tau nak mula macam mana..dan sudahnya, satu sem aku tengok kakak koko dari jauh je..member2 aku dok gelak2..chilake..tapi  kalau aku try, pastu kene reject dengan kakak koko..chilake kuasa dua jadinya nanti..tapi yg pasti sejak dari hari pertama masuk makmal Kimia, aku dah jadi buta warna..aku cuma suka warna koko! ye, koko!