habis sudah minggu orientasi..aku ada kelas Bahasa Inggeris setiap pagi Isnin..dan amali subjek Kimia pada sebelah petang..hari pertama dah masuk makmal Kimia?nak buat apa?x kan dah nak buat ujikaji bahan letupan?xde pulak dalam cita2 aku nak jadi Nordin Mat Top (walaupun dia berasal dari Johor)..atau pun nak jadi pemimpin kanan Abu Sayyaf..jadi hari pertama dalam makmal, kitorang masih dalam proses memecahkan ais lagi..masih bercerita tentang asal-usul masing2..sampai la kitorang terperasan ada sorang awek cantik dalam makmal kimia 2..pakai tudung coklat..baju x nampak pulak kaler apa..sebab pakai lab coat..duduk betul2 kat depan meja kitorang..sedang rancak bersembang gak dengan kawan semeja..sesi suaikenal belum abes lagi kot..x kan dah start bergosip pulak ..baru seminggu dok sini..jadah apa nak bergosip..walaupun aku tau budak2 perempuan ni hobi diorang memang cam2..sebab semua xtau nama awek 2..nak tak kene, kene tunggu attendance list..dan 15 minit lepas tue, attendance list pun sampai pada kitorang.."owh, nama dia Nor*******..eh Ded, nama pak dia sama dengan nama pak hang la..", Yusri mencelah..dia orang Utara, Perlis mungkin.."mana ada, nama bapak aku mana ada Md kat depan..x sama..x sama..", balas aku macam x berminat..pura-pura x berminat.."laaa, dia lahir tahun 84..akak la ni..x nak kacau ahhh..dah tua da ni", Sharkawi tiba2 bersuara..sekali imbas tengok dia ni macam style org tua..rokok pun letak kat saku kemeja atas..YB (nama dia Hanis) diam dari tadi..kitorang syak dia ada keracunan makanan..xpe, jangan ganggu dia..dan entah kenapa tiba2 mulut aku bergerak laju dari otak.."ala..apa ada hal, 2 tahun je kot..xde la tua mana..lagi pun dia cun apa"..aiseh..aku macam tersalah cakap ke..mereka dah syak sesuatu.."hang suka kat dia ye ded?hang memang taste orang2 tua ka?"..ciss..pak cik ni dah keluarkan Desert Eagle dia tembak aku.."kalau hang suka, hang ngurat je la..bukan taste kami..tapi kene bagi nama kat dia ni..akak 2 pakai tudung coklat kan?kita panggil dia kakak koko je lah..orang Utara panggil warna coklat tue warna koko"..aku syak orang2 Utara memang aktif lagi kreatif kot.. semua dalam kumpulan kami setuju..ada 5 orang je pun termasuk aku..Mohd Aliff (kitorang panggil dia Cip), YB, Yusri dan Awie (nama pendek bagi Sharkawi)..dan mereka memberi ulasan supaya aku cepat bertindak..mana tau kene sambar dek senior nanti..gigit jari pulak kang..tapi masalahnya, aku x tau nak mula macam mana..dan sudahnya, satu sem aku tengok kakak koko dari jauh je..member2 aku dok gelak2..chilake..tapi kalau aku try, pastu kene reject dengan kakak koko..chilake kuasa dua jadinya nanti..tapi yg pasti sejak dari hari pertama masuk makmal Kimia, aku dah jadi buta warna..aku cuma suka warna koko! ye, koko!
No comments:
Post a Comment