Saturday, 21 January 2012

Sepetang Bersama Koko | Bahagian Satu

ohhh, ini entri pertama Cinta Kakak Koko untuk bulan ini 
(untuk tahun ini secara sinikalnya)

kesinambungan dari acara pembentangan bagi matapelajaran Pertanian Persis tempoh hari, kami menjadi semakin akrab. mungkin dengan perasaan bersalah tidak dapat menunaikan janji, aku secara konsisten bertukar sistem pesanan ringkas dengan kakak koko untuk mengetahui hal ehwal perkembangan semasa beliau. daripada hal menyiapkan tugasan, penempatan bagi latihan industri, persediaan untuk menghadapi peperiksaan akhir semester sehinggalah kepada isu-isu semasa seperti jadual waktu makan dan mandi. gilo betul!

.....................................................................................................

minggu-minggu peperiksaan berlalu dengan pantas. tak sampai sebulan berlalu dan warga BSBI (Bacelor Sains Bio-Industri) pula sekarang sedang berkira-kira untuk menghadapi latihan industri pada cuti semester. dua bulan sahaja. tak de la lama sangat. aku dan rakan-rakan (termasuk Encik Megat) berjaya ditempatkan di Institut Biosains UPM. kira macam nak jadi saintis la untuk dua bulan ni. kakak koko pula mendapat tawaran daripada Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) sesuai dengan tajuk projek tahun akhir beliau rasanya. tapi beliau menolak dan bersetuju untuk ditempatkan di Taman Pertanian Universiti Putra Malaysia (TPU). aku pun tak tahu apa motif beliau. lebih berminat untuk belajar menjadi petani moden mungkin..


dan pagi itu, dua tiga hari sebelum penerbangan balik ke Johor Bahru. aku mendapat kejutan dari kakak koko berbunyi, "deddy, esok akak balik..petang ini jalan-jalan kat trek jogging jom..kan ari tue deddy cakap nak ajak akak keluar". dup dap dup dap, jantung berdetak dengan laju mengalahkan Usain Bolt lepas berlari 100m pecut. tanpa berfikir panjang (aku tak fikir langsung rasanya), aku terus bersetuju. "okay, nak keluar jam berapa?" kakak koko membalas, "5.30 petang?boleh?akak nak siapkan kemas barang. hantar barang dalam stor". aku macam nak pitam. petang ni?jalan-jalan kat trek jogging?berdua dengan kakak koko? eh kejap, situ bukan  tempat pasangan bercengkerama ke..peh..peh..peh..kakak koko ni macam ajak dating pulak..


                                                              bersambung Bahagian 2

No comments:

Post a Comment