dua hari selepas pertemuan pertama ala dating bersama kakak koko, sudah tiba masa untuk pulang ke kampung halaman. pagi itu aku bangun lewat. ye, banyak benda yang nak diborak sebelum cuti panjang. selagi tak terdengar azan subuh, selagi itu lah kami bersengkang mata bergelak ketawa sambil menghirup kopi dan melatih diri menjadi anak-anak naga. tatkala sedang sibuk mem"packing" barang, cakera keras luar (hdd) yang aku keluarkan dari CPU komputer tiba-tiba terjatuh. lahanat! ada gambar aku dengan kakak koko la dalam 2 masa annual dinner BSBI. masa tue tak pikir nota dah. sebab nota boleh copy dari member lain. Megat cakap, "rilek r. nanti kat sana (IBS) ko try run dalam PC sape-sape". ok, Megat memang selalu kelihatan tenang dari balik kaca mata old skool beliau. aku merenung kesan bengkok pada bucu hard disk tersebut. "confirm tak boleh pakai ni". desis aku dalam hati. tak berani cakap kuat-kuat. kang ada yang kene hempuk dengan batang buluh didgeridoo si Megat sat lagi. PC ni kitorang share. jadi mesti ada maklumat dia jugak. adoi la.
bas sudah menunggu setibanya kami di Terminal Bas Bintulu. sampai on-time gamaknya. kitorang tempahpenerbangan dari Miri ke Johor Bahru. ini memang aktiviti setiap kali balik. tukar-tukar route.nak jadi pengembara la konon. boleh je kalau naik penerbangan terus dari Bintulu ke KL. tapi aku biasanya transit la. sebab belum wujud penerbangan terus dari Bintulu ke JB. AirAsia ni lembap jugak kadang-kadang. menyusahkan aku je. sampai di lapangan terbang Miri, aku dan yang lain-lain terus mendaftar masuk. amik pas keberangkatan dan terus masuk ke balai berlepas. sebelum masuk, sempat juga aku menjeling pada francais KFC di sudut kiri kaunter pemeriksaan dokumen perjalanan terhad tapi aku tengok Megat dan incik Bos slamber badak je masuk, aku pun follow. malas nak cakap banyak. perut bila-bila masa boleh disumbat dengan makanan segera. beralaskan roti pun dah cukup. pengembara, mana memilih makanan.
penerbangan AK 1406 ke JB jam 6 petang. urggghh, ada sejam setengah lagi. kami melepak di pintu masuk 4. seperti yang tertera pada pas keberangkatan. tiba-tiba incik Bos bersuara, "wei aku lapar la. jom makan". "nak makan katne?kopitiam tue?" megat bertanya sambil memuncungkan mulut pada ruang makan yang terletak berhampiran smoking lounge. "aku terasa nak makan benda lain la. haaa..makan KFC jom. aku nampak KFC kat sebelah kaunter pemeriksaan tadi". cantek! tapi boleh ke keluar balik? kene gunakan hikmat terhebat kuasa muka kasihan petala ke-8 ni. sampai di kaunter tersebut, aku dengan muka seposen berjumpa dengan akak sekuriti. "kak, kitorang nak keluar sekejap boleh tak? saya lapar la. tak makan dari tadi. lagi pun flight lambat lagi. teringin nak makan KFC kat sebelah tue haaa". akak imigresen tue pun angguk kepala tanda setuju. Megat dan incik Bos mengekor dari belakang sambil tergelak-gelak. diorang tau kelebihan aku. bab-bab buat muka seposen memang handal. kalau jadi pengemis, mau jadi jutawan. mana taknya, kantoi meniru buat assignment pun lecturer siap tolong bagi markah lebih masa final. kasi up satu grade? korang boleh? Group of Five je boleh tau.
makan ayam KFC memang best. lagi-lagi bila tengah kebulur. sedang asyik menjamu selera tanpa melihat waktu. tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu pengumuman mengejut. "Perhatian, penerbangan AK 1406 ke Johor Bahru akan berlepas sekarang ". erkkk, gua macam nak tercekik tulang ayam. Megat baru selesai menghabiskan wedges beliau dan incik Bos mengetuk jam tangan. tanda tidak percaya. "jom weh. dah lambat ni. nanti terlepas flight". memang kelam kelibut la masa 2. kami berlari-lari ke kaunter pemeriksaan. akak imigresen tersenyum sinis sambil membisik ke telinga gua. "sedap sangat ke ayam KFC dik sampai terlambat ni". gua tersipu-sipu malu. dem u sweetie. sempat lagi nak perli gua.

sampai di pintu masuk 4, kami terdengar pengumuman lagi. "Ini panggilan terakhir penerbangan AK 1406 ke Johor Bahru". my goodness! sempat ke tak ni. dan mujurlah on-ground officer AirAsia masih sabar menunggu kami. "haa, ni la 3 orang yang lambat tue ye. ingatkan nak announce nama baru nak datang". ciss.kene perli lagi. dan apabila kami menjejak kaki ke dalam perut AirBus tersebut, semua orang memandang dengan sinis. ape, tak penah tengok orang lambat ke? Megat duduk sambil membetulkan kaca mata old skool beliau. spek mata John Lennon dowh. dia pakai dari sem 1 lagi. incik Bos pulak meraba-raba mulut mana tau kalau-kalau ada sisa ayam di hujung kumis nipis beliau. dan gua duduk paling hujung, tepi tingkap. memandang panorama hutan di sini. ya, lepas ni praktikal. macam mana praktikal ye. duit simpanan gua cukup ke tak untuk makan dua bulan nanti. yang paling penting, gua teringat ayat kakak koko dua hari lepas, "akak pilih TPU sebab dekat dengan IBS" . owh ye, sindrom degupan jantung pantas sering menghantui gua sejak kebelakangan ni.
No comments:
Post a Comment