Saturday, 29 October 2011

..3 Berlian...

"Pundek, kenapa asyik aku je tercampak sorang2 bila sampai tempat baru", itu ayat pertama yang keluar dari mulut aku bila sampai ke IPTA yang terletak di kepulauan Borneo. Ini kursus pilihan kelima dari lapan berdasarkan borang UPU yang aku isi lepas keputusan matriks keluar.. tak boleh hantar tempat lain ke.. kenapa mesti campak ke sini..walaupun sebenarnya aku tak boleh mengkritik keputusan Kementerian Pengajian Tinggi sebab result matriks aku cukup2 makan je..padah berfoya-foya selama setahun la ni..amek ko balasannya..perjalanan 12 jam melalui pacuan 4 roda dari bandaraya Kuching ke Bintulu amat melelahkan..aku tak pernah naik kenderaan lama2 sebelum ni..sumpah..paling lama pun dari JB ke Kuantan. itu pun dalam lebih kurang 8 jam (ye 8 jam, bas express tue lembap gila..lori babi pun boleh potong masa kat lebuhraya, gila apa!)..cuma abah, pak cik dan sepupu aku je yang hantar.tapi syukurlah, daripada aku kene datang sorang..lepas sesi pendaftaran, abah hantar ke bilik..teman kemas2 barang lepas dan balik ke Kuching semula..12 jam lagi abah, semoga berjaya..aku  lepak sorang2 dalam bilik memikirkan nasib aku..memang dari sekolah rendah aku selalu pergi tempat baru sorang2..xde sorang kawan matriks aku pun yang dapat offer ke sini..lahanat..kat sini nak lepak kat mana..dengan siapa..otak aku dah serabut..nak fly balik rumah?tak kan nak berenang kat Laut Cina Selatan?bila aku fikir balik, aku dah cukup berseronok masa kat matriks dulu..kelas suka hati aku nak pergi ke tak..fly balik rumah tiap2 bulan (balik awal sebab jauh dari Kuantan nak ke Kota Tinggi, tiket bas pun selalu abes kalau beli lambat)..tiap2 hari rutin aku g library..ada 2 sebab..pertama sebab nak lepak kat cc percuma..dan kedua sebab Bahijah (ex-classmate masa kat SAMURA) paksa aku study dengan dia..terutamanya subjek Biology..lecturer aku pun terkejut bila aku score subjek 2.."kamu ni deddy, saya tengok kuliah selalu ponteng.tutorial tak siap..amali datang lambat..mcm mane boleh dapat A ye"..ayat yang keluar dari mulut Cik Suhaibah..cehh..aku genius apa..tak study pun boleh dapat A..lagi pun aku suka Bio..satu lagi rutin aku masa kat matriks, main pakau..tapi tak berjudi..main suka2 je..itu pun boleh ketagih..sebelum g kelas..balik kelas..awal pagi..tengah malam..ni la aktiviti kat asrama dulu dengan Puik, Gun, PA dan budak2 lain..masing2 mengaku God of Gambler..sampai kitorang tukar cita2, nak jadi tukang shuffle card kat Genting..bangang!, org Islam mana boleh masuk situ..haduihh..apa aku nak buat kat sini..dan hari pertama aku kat sini, aku anggap macam nak mulakan permainan card ala Royal..3 Diamond jalan dulu!

No comments:

Post a Comment